Journey to STREAM Education

Pengenalan

Pengenalan

Tema yang diberi adalah bagi Tabika KEMAS Perak adalah "Aerospace". Apakah itu aeroangkasa? Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, aeroangkasa adalah atmosfera bumi dan ruang yang melampauinya. Ia juga berkaitan dengan pesawat udara, roket, peluru berpandu, kapal angkasa dan sebagainya yang terbang atau beroperasi dalam ruang angkasa dan angkasa lepas. Dalam erti kata lain, aeroangkasa terdiri daripada cabang teknologi dan industri berkenaan dengan penerbangan dan penerbangan angkasa.

Apabila disebut tentang teknologi berkaitan aeroangkasa, perkara utama yang menjadi tumpuan adalah Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS). ISS direka untuk kekal berada di ruang angkasa untuk jangka masa yang panjang dan kapal angkasa boleh mendarat di stesen angkasa ini. ISS tidak seperti kapal angkasa. Ia tidak boleh digunakan sebagai penerbangan angkasa kerana tidak mempunyai sistem pendaratan atau penggerak. ISS adalah program hasil kerjasama agensi daripada beberapa negara seperti Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Negara (NASA) dari Amerika Syarikat, Roscosmos dari Rusia, Agensi Angkasa Eropah (ESA) daripada Eropah, Agensi Penjelajahan Aeroangkasa Jepun (JAXA) dan Persatuan Piawaian Kanada (CSA) dari Kanada. ISS mengelilingi orbit bumi selama 92 minit dan ianya berulang sebanyak 15.5 kali dalam sehari. ISS membolehkan kehadiran manusia ke angkasa untuk tujuan penyelidikan. Dengan adanya ISS, para saintis dapat meneroka planet-planet lain dan memperoleh maklumat yang sangat penting melalui hasil penyelidikan.

ISS menggunakan kapal angkasa atau pesawat ulang-alik (space shuttle) untuk mengangkut angkasawan dan bekalan. Peluncuran pesawat ini ke angkasa memerlukan bantuan daripada roket. Roket juga digunakan untuk melancarkan objek lain seperti satelit. Roket tidak boleh digunakan secara berulang. Ia hanya mendorong kapal angkasa.

Menurut akhbar Bisnes Sinar.com (2019), Malaysia merupakan pangkalan kepada lebih 200 syarikat aeroangkasa yang terdiri daripada industri tempatan dan antarabangsa. Industri aeroangkasa di Malaysia mampu menyumbang kepada pendapatan negara. Memandangkan industri aeroangkasa dikatakan cepat berkembang di Malaysia, ia sangat relevan untuk di ketengahkan bermula dari tahap sekolah lagi. Bagi mengetengahkan bidang ini kepada pelajar khususnya, ia boleh disampaikan melalui platform STEM di mana ia merujuk kepada dasar pendidikan dan kokurikulum sekolah bagi meningkatkan daya saing dalam bidang sains dan teknologi.

Objektif

  • Menarik minat kanak-kanak terhadap subjek berkaitan STREAM terutamanya Tunjang Sains dan Teknologi
  • Sebagai panduan kepada Pendidik Masyarakat (PM) untuk merangka proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) Pendidikan STREAM dengan lebih berkesan
  • Membudayakan Pembelajaran Abad ke-21 dan sekaligus melahirkan kanak-kanak serta PM yang mempunyai ciri-ciri kemahiran Abad ke-21
Pengenalan

Perancangan

TABIKA KEMAS Pusat Kegiatan Masyarakat (PKM 2), Ayer Hitam Kedah merupakan TABIKA KEMAS Pintar STREAM keempat yang dirasmikan YB Menteri Pembangunan Luar Bandar. TABIKA KEMAS Pusat Kegiatan Masyarakat (PKM 2) ini dijenamakan sebagai TABIKA KEMAS Pintar STREAM (Eco Education) dilengkapi dengan elemen mesra alam yang sesuai dengan usia kanak-kanak 4 – 6 tahun. Bahan kitar semula turut digunakan dalam memberikan pendedahan kepada kanak-kanak berkaitan dengan fungsi teknologi mesra alam dalam kehidupan seharian.

Mereka diberi peluang merekacipta berdasarkan minat sekaligus membina asas yang kukuh dalam bidang matematik, sains, teknologi rekabentuk dan ICT melalui kemahiran hands on sepanjang aktiviti Modul e-STREAM (Eco Education) dijalankan. Penglibatan ibubapa dalam aktiviti Modul e-STREAM (Eco Education) merupakan nilai tambah utama dalam usaha memperkukuhkan simbiosis ibubapa/ masyarakat dengan pihak TABIKA.

Perancangan Awal

Perancangan pengisian serta reka bentuk Tabika KEMAS Pintar STREAM dibincangkan bersama pegawai serta kakitangan KEMAS yang terdiri daripada Jurulatih Institut / Pusat Latihan, Penyelia Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Pendidik Masyarakat, pegawai dari Bahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Ibu Pejabat serta KEMAS Negeri dan Daerah. Kerjasama pintar bersama rakan strategik dari Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara (PSNCWU), Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Pembersihan Awam (SWCorp), Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, CIDB Negeri Kedah, Pejabat Daerah dan Tanah Kubang Pasu, dan Anggota RELA Kubang Pasu turut dilibatkan semasa proses perancangan.

Bengkel Siri 1

Pada 9 Mac 2017, bengkel bersama pegawai-pegawai KEMAS dan tenaga pakar akademik telah melakarkan deraf 3D layout rekaan luaran dan dalaman Tabika KEMAS Pintar STREAM. Inspirasi rekaan bertemakan Eco Education membentuk suasana pembelajaran di kawasan secara holistik. Pelan lantai bagi pusat pembelajaran berdasarkan fungsi.

Pusat Nama Pusat Fungsi
Bahasa Reading Room Membantu meningkatkan serta merangsang perkembangan literasi
Penerokaan Discovery Meneroka dan melakukan eksperimen berdasarkan tema
Kraf dan Kreatif Let's Get Crafty Melaksanakan aktiviti kraf dan seni visual
Block dan Puzzle Innovation Merangsang kanak-kanak berinovasi menggunakan LEGO, blok, puzzle, dan lain-lain
Drama • Dramatic Play
• Simulator Cabin
Merangsang dan mengalakkan elemen main peranan dan komunikasi dalam diri kanak-kanak
Outdoor Learning Centre Outdoor Learning Centre Kajian lapangan @ field work di luar kelas

Bengkel Siri 2

Pada 31 Mac 2017, Bengkel Siri 2 dilangsungkan bersama pegawai-pegawai KEMAS dan tenaga pakar akademik daripada UPSI melaksanakan penambahbaikan pada perspective layout dan cadangan warna luaran dan dalaman Tabika KEMAS Pintar STREAM yang sesuai. Penambahbaikan kepada susun atur pelan lantai bagi pusat pembelajaran. Namun, fungsi setiap pusat dikekalkan.

Reading Room
Pusat bagi mempelajari kemahiran membaca dan menulis berkaitan aeroangkasa.

Contoh : Kanak-kanak menceritakan semula buku yang dibaca dihadapan rakan lain.

Discovery
Pusat penerokaan berkaitan aeroangkasa.

Contoh : Kanak-kanak meneroka pelbagai jenis model pengangkutan udara dan berkongsi pengalaman sedia ada bersama rakan.

Let's Get Crafty dan Innovation
Pusat kreativiti kanak-kanak.

Contoh : Kanak-kanak menzahirkan idea kreatif menggunakan blok (lego) dan melalui seni lukis.

Dramatic Play
Pusat untuk melakonkan semula peranan/ watak berkaitan tema. Pakaian seragam direkabentuk khas mengikut aspirasi kanak-kanak semasa aktiviti di kelas.

Contoh : Kanak-kanak berkomunikasi memainkan watak masing-masing.

Outdoor Learning Centre
Lokasi semasa aktiviti rutin – diintegrasikan dengan Modul Keyakinan Diri.

Contoh : Kanak-kanak diberi peluang mengetuai bacaan doa semasa sarapan pagi.

Simulator Cabin
Simulator Cabin merupakan sebahagian daripada Pusat Dramatic Play bagi memberi peluang kepada kanak-kanak berkomunikasi serta bersosialisasi mengikut watak masing-masing.

Pembinaan Pusat Pembelajaran

Pembinaan Pusat Pembelajaran

Pada 29 April 2017, Pusat Pembelajaran Tabika KEMAS Pintar STREAM telah dinaiktaraf dengan membina ruang tambahan yang seterusnya dijadikan "simulator cabin". Pada Fasa 2 iaitu pada Mei - Jun 2017, proses perancangan diteruskan dengan kolaborasi dari UPSI, ASWARA, dan juga NGO.

Penjenamaan Logo

Penjenamaan Logo

  • Logo direka oleh pakar akademik dari Fakulti Seni, Komputer dan Industri Kreatif, UPSI
  • Ianya direka dengan mengekalkan warna korporat KEMAS dan bermotifkan mesra alam serta sering dikaitkan dengan kanak-kanak
  • Senarai Rakan Strategik

    Penjenamaan Logo

    • Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
    • Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM)
    • Universiti Sains Malaysia
    • Pusat Sains Negara
    • Planetarium Negara
    • Universiti Putra Malaysia
    Aktiviti Kanak-Kanak

    Aktiviti Kanak-Kanak

    Mulai 13 Jun 2017, kanak-kanak telah memulakan aktiviti dengan jayanya di pusat pembelajaran setelah proses menyiapkan Tabika KEMAS Pintar STREAM selesai.